Kursus Jangka Pendek

Pengenalan

Kolej Komuniti menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup. 

KELAYAKAN MASUK
Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca.

CARA MEMOHON
Melihat Iklan kursus yang ditawarkan di kolej-kolej berkenaan atau mencadangkan kursus yang tidak ada dalam senarai kursus yang ditawarkan melalui perbincangan secara terus dengan pihak pengurusan kolej-kolej berkenaan. 

TEMPOH PENGAJIAN
Bergantung kepada modul yang disediakan. Kebiasaannya adalah kurang daripada 6 bulan.

TEMPAT KURSUS
Di kolej Komuniti sendiri atau di luar kolej komuniti yang berhampiran dengan komuniti setempat.

WAKTU KURSUS
Waktu pejabat atau di luar waktu pejabat.

KURIKULUM / KANDUNGAN KURSUS
Ditentukan bersama antara pelanggan dan pengurusan kolej komuniti, KPTM atau menggunakan modul kursus jangka pendek yang sedia ada

SIJIL
Sijil Kehadiran atau Sijil Modul.

YURAN
Bayaran yuran pendaftaran yang dikenakan untuk seseorang bagi satu-satu kursus adalah antara RM 5.00 hingga RM 20.00 sahaja.

* Dengan kelulusan penubuhan Akaun Amanah di Kolej Komuniti KPTM, yuran kursus yang sesuai dan kompetitif akan diperkenalkan mengikut kemampuan pelanggan dan jenis kursus

Takwim PSH 2013baru

Takwim Kursus Pendek Jan-Mac 2013

Takwim Kursus Pendek April-Jun 2013

Takwim Kursus Pendek Julai -September 2013

Takwim Kursus Pendek Oktober - Disember 2013

*Kos bahan ditanggung sendiri oleh peserta.
Hanya bayaran penceramah disediakan.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Batu Gajah ditalian 05-365 1966